Kuasa ketiga tidak relevan
Oleh Meor Hisham Zulkifli, Rosli Abdul Jalil dan Mohamed Farid Noh
31/01/2012
KUALA LUMPUR: Kuasa ketiga yang dikatakan menjadi penentu siapa mengetuai kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), tidak relevan dalam konteks politik Malaysia kerana ia diwakili golongan kecewa yang ditolak Barisan Nasional (BN) atau pembangkang.
Ahli Parlimen Bebas, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, berkata kumpulan yang menganggap diri sebagai kuasa ketiga sebenarnya tidak mempunyai banyak pengaruh terutama apabila berdepan dengan realiti rakyat Malaysia yang memilih parti bukannya calon dalam pilihan raya.
“Malah, boleh saya katakan, ada yang sekadar ‘syok’ sendiri, sedangkan mereka ini kumpulan kecil. Jika melihat sejarah PRU 2008, tsunami politik dinikmati pembangkang bukan kerana BN lemah.
“Ketika itu pengundi kecewa kepada BN dan memilih pembangkang yang menampilkan calon tidak ternama atau belum terbukti mampu menjalankan tugas. Umpamanya, kemenangan saya di Bayan Baru adalah disebabkan saya bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika itu, tetapi sebagai individu, kita tidak tahu sejauh mana kekuatan kita,” katanya.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa BN sedia berdepan dengan sesiapa saja, termasuk kuasa ketiga yang didakwa bakal menjadi penentu PRU-13.
Zahrain turut mengemukakan dua contoh iaitu Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dipimpin Datuk Ibrahim Ali dan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) diterajui bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim sebagai kuasa ketiga yang diuar-uarkan.
“Saya lihat mereka ini akan cenderung kepada parti asal masing-masing apabila tiba pilihan raya. Kuasa ketiga ini dibentuk individu yang kecewa atau yang mempunyai pandangan berbeza menyebabkan mereka meninggalkan parti supaya boleh menyuarakan apa saja tanpa bimbang dikenakan hukuman.
“Namun, apabila tiba pilihan raya mereka akan kembali menyokong parti asal atau parti baru yang menjadi pilihan masing-masing kerana sebagai individu, mereka tiada berpengaruh,” katanya.
Pemerhati politik, Tan Sri Dr Ibrahim Shah Abdullah, berkata pengundi di negara ini, kini sudah matang dengan keadaan politik semasa terutama pembentukan kumpulan atau parti politik yang diasaskan oleh individu yang disingkir atau keluar daripada parti asal masing-masing.
“Dari sudut positif, BN boleh memanfaatkan kumpulan ini dengan memujuk mereka menyokong perjuangannya,” katanya.
Di KLUANG, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata kebangkitan kuasa ketiga bukan ancaman kerana BN mempunyai formula tersendiri untuk menanganinya, termasuk memastikan pemimpin kerap turun ke padang bertemu golongan akar umbi.
Malah, katanya, perjuangan kuasa ketiga ini boleh digemblengkan bersama BN dengan syarat mereka mempunyai agenda yang sama dengan BN serta ikhlas berjuang untuk rakyat, negara dan bangsa.
“Apabila ahli politik tidak memahami atau mengikuti perubahan serta permintaan rakyat, pasti akan wujud kuasa ketiga, keempat atau kelima,” katanya.
Di KUANTAN, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob bagaimanapun mengakui kuasa ketiga mungkin boleh menjadi penentu PRU-13, tetapi yakin ia tidak akan menjejaskan sokongan rakyat kepada BN.
Elaun bulanan pikat murid ikuti aliran sains
Oleh Syuhada Choo Abdullah dan Zanariah Abd Mutalib

KUALA LUMPUR: Majlis Profesor Negara (MPN) sudah mencadangkan kepada kerajaan supaya memberi elaun bulanan kepada pelajar aliran sains di sekolah bagi menarik lebih ramai murid meminati bidang itu yang kini makin merosot dan berada pada tahap kritikal.
Pemimpin, anggota BN diminta bekerja keras
30/01/2012
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak (tengah) diiringi Datuk Dr Mah Hang Soon, Datuk Lee Chee Leong, Datuk Kong Co Ha, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Datuk Chua Soi Lek dan Datuk R Ganesan menggaul "Yee Sang" pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina MCA Negeri Perak di Ipoh, pagi ini. - Foto Ikhwan Munir
IPOH: Datuk Seri Najib Razak meminta pemimpin dan anggota parti Barisan Nasional (BN) supaya sentiasa bekerja keras dan merapatkan barisan bagi mendapatkan keyakinan serta mengekalkan mandat daripada rakyat.
Perdana Menteri berkata, hanya pasukan yang bersatu dan kuat mampu berdepan dengan cabaran serta ujian pada pilihan raya umum akan datang.
Sambil memetik ungkapan Inggeris ‘rumah yang retak akan runtuh’, beliau mengingatkan semua parti komponen bahawa parti itu akan tumbang jika mereka berpecah-belah.
“Untuk kita mendapatkan mandat yang sepenuhnya daripada rakyat, dua perkara amat penting yang perlu dilakukan, iaitu pertama, bekerja kuat dan menggunakan strategi yang betul... (tetapi) bekerja kuat itu adalah keperluan utama.
“Sebab itu, apabila ada majlis sambutan Tahun Baru Cina (peringkat Kebangsaan) di Sitiawan malam tadi (kelmarin), kehadiran hampir 60,000 orang itu adalah (salah satu) ukuran kerja kuat yang kita buat untuk menambahkan keyakinan rakyat kepada BN,” katanya berucap pada majlis sambutan Tahun Baru Cina MCA Perak di sini, semalam.
Hadir sama, Presiden MCA yang juga Pengerusi Badan Perhubungan MCA Perak, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek; Menteri Pengangkutan yang juga Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha serta Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Najib yang juga Pengerusi BN berkata, perkara kedua yang perlu dilakukan bukan saja kepada parti komponen tetapi juga negara ialah mereka mesti mengutamakan perpaduan pada semua peringkat dan percaya jika ia dapat dilaksanakan, parti akan menang dan berjaya pada masa depan.
Beliau juga berkata, apa yang penting bagi parti dan rakyat ialah berasa yakin kepada kerajaan di bawah pimpinan BN yang bukan saja mempunyai wawasan jelas untuk masa depan tetapi sudah terbukti menjadi sebuah kerajaan cekap yang boleh mencapai cita-cita dan impian besar untuk negara.
Katanya, ia tidak sama seperti agenda yang dibawa pembangkang kerana terlalu banyak janji yang sebenarnya tidak realistik dan tidak berpijak di bumi nyata kerana mereka menjadikan janji kepada rakyat sebagai senjata utama untuk meraih sokongan.
“Satu perkara yang kita mesti sedar bahawa apabila menjadi pembangkang, senjata utama yang ada pada mereka ialah untuk membuat janji... tidak kisah sama ada janji itu boleh ditunaikan atau tidak, apa yang diutamakan ialah mereka membuat janji bulan, bintang dan langit.. bagi mereka itu senjata penting yang mereka ada.
“Jadi, sebagai pengundi, kita jangan kena tipu dengan kaedah atau pendekatan demikian. Apa yang kita mahu bukan janji kosong tetapi kerajaan yang cekap dan boleh menunaikan serta menjanjikan masa depan semua rakyat Malaysia.
“Saya memberi komitmen kepada rakyat bahawa itulah yang BN boleh dan akan buat sekiranya (terus) mendapat mandat daripada rakyat,” katanya.
Najib juga mahu semua parti komponen BN di Perak bekerja keras dan memberi kerjasama kepada Zambry selaku Pengerusi BN negeri supaya Perak terus kekal sebagai negeri BN pada Pilihan Raya Umum akan datang.
Dalam lawatan singkatnya ke Perak, Perdana Menteri berkesempatan mengunjungi tiga rumah penduduk miskin di Sitiawan serta merasmikan sambutan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina 2012 malam kelmarin dan pagi semalam meluangkan masa 30 minit pada majlis di sini sebelum beredar untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Kinta.
Pengurus stesen minyak disamun dekat R&R Nilai
30/01/2011
SEREMBAN: Seorang pengurus stesen minyak kerugian wang tunai kira-kira RM200,000 selepas disamun sekumpulan empat lelaki di KM287, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah ke utara berhampiran kawasan Rawat dan Rehat Nilai hari ini.
Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Mohd Yusoff Awang, berkata ketika 10.20 pagi itu, mangsa yang berusia 40-an memandu kereta jenis BMW untuk ke sebuah bank di Bandar Baru Bangi, Selangor.
Beliau berkata, mangsa yang berkerja di sebuah stesen minyak di Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) membawa wang tunai hasil jualan dalam sebuah beg yang diletakkan dalam but keretanya.
Katanya, ketika sampai di lokasi kejadian, kereta mangsa tiba-tiba dilanggar dari belakang oleh sebuah Lexus.
"Mangsa yang merasa curiga dengan tindakan pemandu kereta di belakangnya, tidak memberhentikan kenderaannya. Suspek terus mengejar kenderaan mangsa dan sekali lagi melanggar kenderaan mangsa menyebabkan kenderaan mangsa terhenti di tepi lebuh raya.
"Selepas kenderaan mangsa berhenti, dua lelaki bertopeng yang masing-masing bersenjatakan parang keluar dari Lexus tersebut dan menghampiri mangsa.
"Pada masa yang sama, sebuah lagi kereta Honda Accord hitam yang dinaiki dua lagi lelaki menghampiri dan turut berhenti berdekatan kenderaan mangsa.
"Kumpulan berkenaan kemudiannya mengambil wang tunai di dalam but kenderaan mangsa dan melarikan diri dengan kereta Honda Accord itu dan meninggalkan Toyota Lexus di tepi lebuh raya," katanya.
Beliau berkata, polis percaya Lexus terbabit adalah kenderaan curi yang menggunakan nombor pendaftaran palsu.
Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 395/394 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan dan bersenjata. - BERNAMA
Norizan tidak mahu Perak berpesta lagi
Oleh Nazri Abu Bakar
30/01/2012
PRESTASI Akmal Rizal Rakhli (kanan) ketika Perak menewaskan FELDA United dipuji jurulatih skuad Seladang.
KEMENANGAN 2-1 ke atas FELDA United memberi kelegaan buat Perak mengumpul tiga mata selepas menyedari tuan rumah terlalu kebal ketika perlawanan di Stadium Hang Jebat Paya Rumput, Melaka.
Selepas juara 32 kali Piala Malaysia, Selangor dan Sabah kecundang di gelanggang berkenaan, kemenangan terbabit menyaksikan FELDA gagal mempertahankan rekod bersih terbabit sambil Seladang bermain selesa memperkukuh kedudukan di tangga ketiga carta.
Jurulatih Perak, Norizan Bakar berkata, memang dia sedikit gusar dengan kemampuan tuan rumah beraksi cemerlang di gelanggang berkenaan.
“Saya berpuas hati dengan persembahan dan sentuhan semua pemain Perak selepas lima perlawanan ini. Malah prestasi import Michael Kubala dan Akmal Rizal Rakhli juga amat memberangsangkan.
“Malah pemain gantian juga tetap memperoleh pujian menerusi usaha mereka membantu kemenangan pasukan,” katanya.
Katanya, misi memburu tiga mata berdepan Sarawak selepas ini menjadi keutamaan dengan prestasi pemain akan diberi perhatian untuk memburu tiga mata tambahan.
No comments:
Post a Comment